mr.syafiq blog said >Andai benar-benar cinta,mesti mahu bersama ke syurga..apa-apa yang ke neraka itu bukan cinta namanya~ :)

Friday 26 July 2013

Putih telur dan kelebihannya






Ramai yang suka menjadikan telur rebus atau telur goreng sebagai hidangan lauk untuk juadah makanan mereka.Tidak lupa juga bagi penggemar sarapan pagi di gerai mamak dan sebagainya,telur separuh masak mesti menjadi pilihan hati mereka kan. :)


Apakah kelebihan telur ini?

Adakah ia memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang atau sebagainya??
Keburukan memakan telur secara berlebihan seringkali diperdebatkan.Perkara paling utama dan hangat diperkatakan adalah ianya dapat meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh badan anda.

Komposisi telur ini

Kajian menunjukkan bahawa manusia hanya memerlukan 300mg kolesterol dalam tubuh badan.Oleh itu,kita harus tahu jumlah anggaran sebiji telur dan komposisinya.Untuk pengetahuan korang semua,sebiji telur=210mg kolesterol.

Banyak tuuuu!!

  Tapi kalau kuning telur dibuang dan hanya makan putih telur jer,ia dapat mengurangkan kadar kolesterol dan hypertension kerana putih telur hanya mengandungi kolesterol yang sedikit dan tinggi dengan nilai protein.Jumlah anggaran protein putih telur = 7g dan ia mengandungi protein yang tulen dan tidak mempunyai lemak dan ini hanya jika telur itu direbus.Tapi,jika ia dimasak dengan minyak atau butter,jumlah kalorinya akan berbeza kerana telah dimasak dengan minyak yang kita tahu mempunyai kalori juga.


Dapat mengurangkan jumlah kalori

Ya, dengan mengasingkan putih telur dengan kuning telur, anda dapat mengurangkan jumlah kalori harian. Anggaran kalori bagi telur rebus adalah 90 kalori. Dan apabila anda memakan putih telur sahaja, anda telah membuang lebih kurang 70 kalori daripada telur tersebut. Hal ini kerana, putih telur hanya mengandungi 20 kalori. Selain daripada itu, putih telur amat tinggi dengan nilai protein yang tulen malah ianya kurang berlemak. 

Selain daripada itu, putih telur juga kaya dengan folat, thiamine, fosforus, B6, zink, asid panthothenic, kalsium, dan B12.  Anda  juga mendapat vitamin penuh seperti A, E, D dan K dari putih telur. Putih telur adalah sumber rendah lemak, sama ada ia adalah politaktepu, monotaktepu, atau tepu.

Selain daripada itu, ia juga dapat mempercepatkan proses regenerasi pada kulit wajah anda dimana anda boleh sapukan putih telur di muka anda selama 30 minit, dan basuh dengan air hangat. Oleh itu, selain dengan khasiat yang elok untuk mengurangkan berat badan, putih telur juga dapat membantu dalam mencantikkan kulit wajah anda. Protein dalam putih telur dapat membantu melembabkan kulit wajah anda. 







Monday 15 July 2013

Gambar Makmal UITM Shah Alam Terbakar 15 Julai 2013


   Gambar Makmal UiTM Shah Alam terbakar pada 15 Julai 2013. Pada petang tadi,gempar dengan isu kebakaran yang berlaku di makmal kimia yang terletak di hadapan Kolej Perindu. Menurut saksi,kebakaran dipercayai berlaku pada pukul 4 petang tadi dan sehingga pukul 6.30 petang,kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Punca kebakaran di  bangunan makmal kimia tersebut masih lagi dalam siasatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat daripada insiden tersebut.


Gambar Makmal UiTM Shah Alam Terbakar 15 Julai 2013





Tweet kebakaran di UiTM Shah Alam






Lagi gambar
















Sumber boleh didapati di link ini.. --> 

Ok,wassalam..






Friday 12 July 2013

Cita-cita yang tidak menjadi




Aku sebenarnya banyak cita-cita.Dan sebab banyaknya cita-cita aku ni,akhirnya sampai sekarang satu cita-cita langsung tak tercapai.Hahaha..Sengal betol.Bermula seawal usia 8 tahun,aku bukan main arrogant lagi depan kawan-kawan aku yang aku akan jadi abang pilot yang hebat suatu hari nanti siap ada tambahan nak jadi doktor lah,engineer lah,arkitek lah,artis lah..Ehh??Artis???Ambitious sungguh cita-cita aku ni..

Nevermind...~but...


  Cehhh,siot betol kawan-kawan sepermainan aku sampai nak gelakkan aku.Kalau iye pun nak gelakkan aku jangan lah kuat-kuat.Mau terjage Pak Lebai aku tu.Dekat sekolah cita-cita kemain taknak kalah.Tapi dah besar??haha..


Ade pulak aku terfikir satu cita-cita ni waktu dulu.Cita-cita yang orang memang suke bangat.Kahwin..Tu lah..Cita -cita aku satu lagi ni nak kahwin punye hal.Eh jap!Kahwin ni cita-cita jugak ker??Puihhh..mau kene gelak dengan orang kot bile aku cite macam ni.Tapi kan,aku ni jenis tak kisah sangat.Ape dorang nak cakap,cakap lah..whatever..that is my ambition.Wehh,jap..lari topik tadi.Kahwin,kahwin,kahwin..harap jadi kenyataan.hahaha..(Ko ni sengal ker ape dah,mr S..? )..

  Nk kahwin tapi calon takde..burppp..burpp..Kalau cik S baca entry aku ni,entah-entah ape yang dia akan fikirkan eh??haha..ape lagi,senyum sampai ke telinga ler tu .. -->  (^_^)

Apa-apa pun yang penting apa yang aku lakukan sekarang akan menentukan di mana aku berada.Tak kisah lah apa  aku akan jadi nanti.Yang penting aku mahu jadi orang yang berwawasan 2020,bekerjaya kukuh & cemerlang,terbilang,gemilang dunia akhirat!!

              >>Cheewahhhh,bukan kemain semangat ko eh,mr S..haha!


    Ok lah...Gambar kat atas tu adalah gambar aku..(Dah tu memang gambar ko,abis gambar sape lagi?puihhh!) Tu gambar aku dengan member-member aku sewaktu kiteorang pergi ke Zero To Hero anjuran Herbalife..Zero To Hero ni berlangsung di Gambang Resort,Pahang.Dalam event ni banyak jugak lah yang aku belajar tentang kesihatan tubuh badan & how to enjoy your life with Herbalife.Huh..kalau aku cerita pasal Herbalife ni memang tak kan habis sampai esok la..


Helloooooo...Sampai sini lah aku bercerita.Jap lagi dah nak masuk waktu berbuka puasa.Tak sabar-sabar nak makan ni.Perut ni pun dah berkeroncong.Makanan pun dah siap-siap kat atas meja ni.Jom berbuka!!

Ok,wassalam!




Friday 5 July 2013

Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??






  Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Berdekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. Beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).







   Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejuruteraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tentera israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. Sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasakan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,

PUAS HATI SEKARANG??!


Tuesday 2 July 2013

Cerita di pagi hari..

 Minggu ni aku koje mlm pulak.Da ler keje kul 11pm sampai pukul 7am,mane xmengantuk nyer.Tapi kan nasib baik keje malam ni bos xde sbbnyer bos2 ni hanye keje di waktu pagi.Hahaha..So,aku berasa seronok banget seyh.. :) Biasenyer staff2 cam aku ni keje kat lab jer..lagi la wa rilek mau goyang sama wa punya kaki..nasib baik bukan keje kat production tu.Mau kene jd robot jer,penat kot baq hang.Keje malam ni biasenye rilek siket & ade masanyer kalo aku ni da terlalu rase bosan tahap dewa dewi khayalan terus aku bukak game..sbnarnye mmg aku selalu bawak external hardisk dari rumah.Kirenyer aku ni penyeludup rahsia ler..





   Ape lagi derr..layan je ler game Command & Conquer dlm lab..korang ade game ni?aku rase game ni famous kot sekitar 2001-2005..kirenyer ni kes mengulau lar..tapi apakan daya aku keje smbil main bende alah ni..korang rasa korang boleh bayang x mcm mane?haha..giler sengal perangai aku ni.Dlm kul 6pagi,siap sudah aku buat keje.Happy nk meletup lar rasenye.Syif leader aku pun sempoi2 jer,janji wa punya keje siap dong.

   Actually,aku ade kenal awek ni.Biau ler aku namakan dia Cik N.Just kenal kt WeChat.Sape tau Wechat tu hape?Mau kene makan kaki kasut aku kalo sape xtahu mende WeChat tu..(gertak sikit..haha!).Ni ler gambauWeChat.Cantik x?Macam aku..






   Ok2,back to story.Cik N ni bdk Ipta jugak.Fuh,best jugak seyh Wechat ni,boleh gue ketemu cewek2 .Tapi,aku sbnarnye bkn niat mau menggatal,just make new friends,ok.Cik N ni slalu gak aku usik & menyakat sampai dia pun cm naik fed up ngn perangai kesengalan aku ni.Haha..fed up ker..Entah..Dipendekkan cite lar,aku kluar rumah pagi td sbb nak breakfast kt McD.Saje nk rase menu mkn pagi kt MekDi nu.Time tengah syok2 meratah hot cakes & egg muffin td,tetibe jer ade 2 orang awek ni lalu jer tepi aku...Haih,kacau selera mkn aku jer,Nasib baik cun.. :) But,I recognized one of these girls.Dia le Cik N..Huh,sibuk je Cik N nii..Aku breakfast kt MekDi,dia sibuk gak nak breakfast kt Mekdi.TAPI sblom tu..(tapi lagi....) ,aku anggap lar maybe dia ni orang lain kot,yolah..mungkin pelanduk 2 serupa kan..Who knows,right?Cuma kate2 hati aku duk sibuk bgtau aku yg orang ni mmg Cik N.Lagipun aku mana ler pernah jumpa dgn Cik N,just dlm Wechat jer.Aku nampak dorang duduk depan aku makan sambil ber'study'..Eleh,buat2 study pulak daa..Cehh..

   Btw,aku x fikir panjang dah .Lepas mkn terus blah masuk kete terus.Aku ni malas sikit nak menyapa2 bdak 2 olang tu.Takut salah orang pulak,malu aku dibuatnye maa. Mau jadi muke tembok kang.Otw nak balik rumah,tetibe fon aku berbunyi menandakan mesej WeChat da masuk.Mmg aku da agak dahhhh sape duk gatal2 msg aku pagi2 ni.Cik N msg aku & dia bgtau yg dia rasa mcm nampak aku je kt MekDi tadi . (Dah mmg aku lerr..abes tu ko nmpk ape,huh? )So,aku pun bgtau ler yg aku pun mcm nampak dia tadi cume aku anggap orang lain kot .Ye ler,dalam dunia ni ade 7 orang yg muke nye mmg same dgn muke kite kan?Correct me if I'm wrong.Boleh pulak dia kate kenape xtegur aku tadi.Wahai Cik N,saya pun xtau orang tu adalah awak lah..haha..ish3.. :) [At the end,aku pun senyum sendiri..haha :) ]


Moral of the story: Kalau kita dah tau orang tu kenalan kita,jgn lah berat hati utk sapa-menyapa.Make a new friends is good thing that you should know.

Ok,bye.Wassalam. :)






(Tengok gambau & baca dialog dak kecik & kucing tu.If you know what I mean..)




Wednesday 26 June 2013

Nak Ambil cuti atau teruskan keje???

Wahh..aku sekarang tgh jenuh nk berfikir..sama ada nak terus keje pada Hari Raya tahun ni atau amik jer cuti raya.Bukan ape,kalau aku direct jer keje dari 1st day Hari Raya untill 4th day Hari Raya,aku akn dapat insentif..pendek kate dpt extra fulus maa..nak keje or x..?tgk surat yg HR Infineon aku bg nii..






Aku tau ler ade sesetengah bdak2 melayu ni akn terus direct keje..ape susah bg dorang..kampung dlm Melake jer..bkn cm aku ni haa..kampung bkn main jauh nun kt Kedah nu baq hang!!..Eh,awat slang utagha ni?haha..ngekngok je..btw,tgh berfikir dari hari ker hari..mau kena discuss dgn family gua dong..





 Aku level GK sbb aku jawatan besau as lab.assistant je.Besau apenyer bkn nye aku manager ker engineer ker..angan2 giler ye mr.syafiq ni!!hahaha~....kalau F1 tu adalah level operator jer.. :) Kalau aku keje direct 4 hari berturut2,mau nya RM700 tu ade dlm genggaman aku..haha..(mata duitan pulak aku ni..ehem2..parah..parah)


 Ok,lah..tu jer nk tunjuk kt korang pasal entry hari ni.Aku rasa mesti korang ade point & pendapat masing2 kan..Wassalam.. :)




Tuesday 25 June 2013

Moh kite layan jap..


Assalam,entry kali ni just nk sharing jer gambar2 yg sepatutnye ditunjukkan...kite layan je k :) Idea utk bercerita still aku cari lagi..but befour that,let's spend your time with this old picture..:)

(Actually ni blog header aku..just permulaan sahaja..the next blog header masih dlm pembikinan)


(Suasana pada waktu petang,aku tangkap gambar ni sebelum aku pergi keje)


My own style in my car..haha..bukan poyo ker ape ker,ok?


Keadaan berjerebu di sekitar Infineon.Aku kt dalam ofis waktu tu..saje amik take 5 kot..

Ni pulak keadaan berjerebu kt kawasan McD Batu Berendam,Melaka..Aku amik gambau ni hari Sabtu  lepas bertarikh  22 Jun 2013.Bulan pun da kaler oren semacam je kan..kesian kau,mr,moon..
Gambau aku kot..sape lg kalau bkn aku yg best2 je ni..bajet hensem jer,walhal xlar mne pun..haha..btw aku tetap aku,still hensem & bergaya ok ..:) Just believe yourself .. :)


Nak tunang ker,nak kahwin ker..yg penting finish your study first..Tahun ni merupakan tahun terakhir aku keje kt Infineon as lab. assistant..Insya Allah I will further my study in degree level..





Btw,aku rase cukup lar kot..ade ape2 lg aku akan share kan kt korang,ok?Thanks for spend ur precious time with me..Arigatou gozaimasu!!! Wassalam...~

Usah Bersedih.. :)



 Kalau engkau menangis sendirian untuk berjam-jam lamanya,tidak ramai orang bertanya,kenapa engkau menangis.Tetapi jika engkau tersenyum sendirian walaupun beberapa saat,akan ada orang tertanya-tanya kenapa senyuman itu muncul.Manusia lebih suka mengetahui perkara yang menggembirakan & mereka tidak mahu mencampuri hal yang menyedihkan.Tidak ramai yang bersedia membantu di waktu orang susah yang benar2 memerlukan bantuan,kata-kata semangat daripada seseorang yang bergelar teman.





Tetapi ingatlah,dikala engkau bersedih tidak bermakna engkau berseorangan kerana Allah sentiasa ada untuk kamu,yang sentiasa mendengar rintihan kamu. Manusia memang macam tu,suka yg happy saja,bila sad moment,ade sesetengah teman yang tidak mahu susah bersama mereka.Tetapi bukan semuanya,ok?hanya sesetengah saja yang kelakuannya sebegitu.... :) Wassalam..~